Halaman Utama


 

Sejarah Penubuhan Sekolah Menengah Sains, Batu Pahat, Johor

 

     Sekolah Menengah Sains, Batu Pahat, Johor mula dibina pada tahun 2008 di Mukim Tanjung labuh, Senggarang, Batu Pahat. Ia terletak lebih kurang 8 km dari Bandar Penggaram Batu Pahat. Mula beroperasi pada 2 Mei 2012 dengan bilangan pelajar tingkatan 1 yang mendaftar seramai 90 orang dan guru seramai 15 orang serta staf sokongan seramai 5 orang. Pengoperasian tersebut telah dirasmikan oleh YB Dr Mohd Puad Bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran merangkap Ahli Parlimen Batu Pahat. 

    Sehingga hujung tahun 2012, bilangan pelajar adalah 151 orang pelajar, guru seramai 26 orang dan AKP adalah 14 orang. Pengetua pertama ialah Tn Hj Hamsi Bin Jamhari mulai 16 Jun 2012.

Aktiviti

outreach
palestin