Kata Alu-aluan Pengetua

 

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana atas limpah kurniaNYA dapat kita sama-sama ditempatkan berkhidmat di Sekolah Menengah Sains Batu Pahat. Sebagai sebuah sekolah yang baru sudah tentu banyak perkara yang perlu dilakukan bagi membentuk SM Sains Batu Pahat menjadi sebuah institusi pendidikan yang setanding dengan sekolah lain khususnya sekolah berasrama penuh (SBP).

 

Saya berharap semua guru, staf dan pelajar menganggap bahawa SM Sains Batu Pahat ini adalah kepunyaan bersama. Semua orang bertanggungjawab bagi memastikan visi dan misi sekolah dapat dicapai. Semua orang kena berkerja sebagai satu pasukan. Semua orang kena mengamalkan budaya kerja cemerlang. Melaksanakan tugas yang diberikan dalam bidang masing-masing dengan penuh tanggungjawab, jujur, amanah dan ikhlas. Ini akan menjadi faktor penting sebagai penentu kepada kemenjadian murid.

 

Tidak lupa juga kita hendaklah sama-sama medukung transfomasi SBP yang mahu semua SBP menjadi sekolah terbilang ( every school as a great school ). Oleh itu kita mesti bergerak dari sekolah cemerlang kepada sekolah terbilang ( from excellent school to a great school ). Bagi mencapai hasrat tersebut SBP kena melahirkan 'super character dalam kalangan guru dan murid yang ciri-cirinya ialah:

 

  • memenuhi kehendak yang tidak atau belum terungkap
  • menangani cabaran yang belum tiba
  • melepasi rekod atau kualiti sedia ada atau sebelumnya
  • mewujudkan aras pencapaian baharu untuk dikejar oleh pesaingnya
  • memiliki cara gaya berfikir ' think the unthinkable atau reason the unreasonable'

 

Akhir kata saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala sumbangan semua pihak bagi meralisasikan kegemilangan SM Sains Batu Pahat ( SEHEBAT ).

 

Pengetua SEHEBAT

Aktiviti

outreach
palestin