Lencana Sekolah

LENCANA SEKOLAH

 

  • Gelung Bulatan – Melambangkan bumi dan Global. Anak-anak SEHEBAT merentasi dunia dalam kebersamaan.
  • Huruf ‘b’ dan ‘p’ membawa maksud Batu Pahat. Sekolah ini terletak di Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Huruf–huruf ini juga kelihatan seperti bentuk seni pertahanan diri. Hubungan rapat antara huruf-huruf ini menggambarkan ikatan ukhwah dan kasih sayang sesama warga SEHEBAT dan sejagat.
  • Tanda Wifi bermaksud internet menjadi medium perantaraan dan ilmu diperoleh bukan sahaja secara formal di dalam bilik darjah malahan juga secara tidak formal melalui alam maya.
  • Nombor 2012 membawa maksud sekolah ini beroperasi pada tahun 2012.
  • Terdapat lima Gelung yang tertera dalam lencana membawa maksud bahawa target pencapaian kokurikulum sehingga ke peringkat tertinggi.
  • Warna Biru melambangkan pendidikan. Warga SEHEBAT dilingkari dengan pengetahuan yang tiada batasannya.
  • Warna Kuning bermaksud kesejagatan. Warga SEHEBAT tidak memandang rendah atas kebolehan orang lain.
  • Tulisan Jawi melambangkan jati diri bangsa Melayu terutama Negeri Johor yang memang terkenal dengan ketegasan terhadap warisan bangsa.
  • Integriti bermaksud kejujuran, ketelusan, keikhlasan dalam apa-apa juga perkara yang dilakukan.
  • Kredibiliti bermaksud anak-anak SEHEBAT boleh dipercayai, mampu melakukan, diterima pakai dan tidak dipertikaikan kebolehan dan keupayaannya.
  • Inovatif bermaksud sentiasa melakukan perubahan, pembaharuan, penambahbaikan dan berani mencuba dan melakukan sesuatu yang baru.
  • Dua tangan menadah ke langit bermaksud bertawakal setelah berusaha. Segala apa-apa yang dilakukan tidak pernah melupakan Allah sebagai pencipta. Semuanya yang dilakukan kerana Allah SWT dan menganggapnya sebagai ibadah.

 

Aktiviti

outreach
palestin